Mengenali Kami

Home Mengenali Kami

Misi

Perniagaan kami berpandukan tiga (3) prinsip yang berikut:-
Amanah
perniagaan yang jujur dan ikhlas akan membina dasar kepercayaan di kalangan setiap individu dan entiti
Integriti
menonjolkan dasar kempimpinan yang baik
Komitmen penghutanan semula
Komitmen penghutanan semula kayu berasaskan “Climate- Smart” seperti penyesuaian  masyarakat, pengurangan iklim dan daya tahan ekologi
Syarikat kami amat komited terhadap amalan bertanggungjawab di kalangan rakan-rakan perniagaan, pengambilan berat terhadap kesejahteraan pelanggan-pelanggan serta mementingkan pengurusan tadbir korporat yang baik dalam memenuhi hasrat pembekal-pembekal kami.

Kami juga berazam untuk sentiasa memberi pertimbangan yang seimbang terhadap soal etika, sosial, alam sekitar dan ekonomi yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan kami demi mewujudkan hubungan yang baik dan berterusan dalam jangka masa panjang bersama para pelanggan kami.

Visi

Visi kami adalah untuk memperluaskan tanah perladangan getah di seluruh Malaysia. Berteraskan prinsip di atas, kami berhasrat untuk menyediakan bekalan mampan yang berikut:

  • Getah asli
  • Pokok getah diekstrak (klon kayu getah) yang mesra alam sekitar

Kepercayaan kami

Aktiviti perniagaan kami sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada sumber alam semula jadi, oleh itu kami amat menitikberatkan kepentingan amalan penjagaan alam sekitar yang baik dan berusaha untuk mematuhi prinsip-prinsip pembangunan mapan demi manfaat generasi kini dan akan datang. Kami akan terus mengekalkan amalan perhutanan yang baik dengan mematuhi undang-undang dan peraturan berkanun alam sekitar.